logo ms new

Soalan Lazim - Bahagian Farmasi

 

BAHAGIAN FARMASI

1) Apakah jenis-jenis lesen yang boleh dipohon ?

  • Lesen A bagi ahli farmasi
  • Lesen B bagi syarikat yang import &guna /beli & jual borong (wholesale)
  • Permit natrium hidroksida bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna Natrium Hidroksida
  • Lesen E bagi syarikat yang import & guna Natrium Hidroksida sahaja
  • Permit Psikotropik bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna bahan Psikotropik.
  • Permit Psikotropik (Methadone & Buprenorphine) bagi doktor

2) Bagaimanakah cara mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter BPF, JKNS di tingkat 15 Wisma MBSA, Shah Alam atau boleh dimuat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my

3) Berapakah fi bagi pemprosesan setiap jenis lesen?

  • Lesen A – percuma
  • Lesen B , Lesen E dan permit Psikotropik– RM 100
  • Permit NaOH - RM 20

 

4) Bagaimanakah cara pembayaran fi bagi permohonan lesen?

Pembayaran fi hendaklah melalui wang pos atau bank draf kepada Pengarah Kesihatan Negeri. Wang tunai dan cek tidak diterima

5) Berapa lamakah tempoh masa lesen disiapkan selepas penghantaran borang?

Bagi setiap permohonan LENGKAP yang diterima,setiap lesen baru akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja manakala bagi pembaharuan lesen dalam tempoh 7 hari kalendar.

6) Bilakah borang permohonan pembaharuan lesen boleh dihantar?

  • Bagi lesen A,B, E dan permit NaOH,tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Disember tahun semasa. Permohonan pembaharuan hendaklah dihantar sebelum 31 Oktober.
  • Bagi permit Psikotropik (Buprenorphine & Methadone) tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Jun. Permohonan pembaharuan permit hendaklah dihantar sebelum 31 Mei.

 

7) Bagaimanakah pemohon diberitahu sekiranya lesen telah siap dan boleh diambil? 

Pemohon lesen akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon bimbit pemohon.

8) Bolehkah wakil datang untuk mengambil lesen yang telah siap bagi pihak pemohon?

Boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil lesen bagi pihak beliau dengan syarat wakil perlulah membawa ‘authorization letter’ yang ditandatangani oleh pemegang lesen .

9) Apakah rujukan yang perlu dibaca bagi tujuan temuduga kefahaman lesen B dan Lesen E?

Pemohon lesen boleh merujuk Kepada Akta Racun 1952 & Peraturan-peraturannya (Poison Act 1952 & regulations) dari buku Malaysian Laws on Poisons and Sale of Drugs yang boleh diperolehi dari kedai-kedai buku. Akta ini juga boleh muat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my

10) Bila dan bagaimanakah temuduga kefahaman lesen dilakukan?
Temuduga akan dijalankan semasa penghantaran borang permohonan yang lengkap. Temuduga akan dijalankan secara bertulis dan lisan . Markah lulus adalah 60% dan ke atas.

11) Penjelasan berkenaan Acai Berry

a) Apa itu Acai Berry?
Sejenis buah yang berwarna ungu kemerahan daripada pokok acai palm (Euterpe oleracea) yang banyak tumbuh di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Buah ini adalah merupakan makanan utama penduduk Caboclo di Amazon Brazil.

b) Kandungan Acai Berry?
Buah Acai berry adalah buah yang berkhasiat, untuk setiap 100 g serbuk kering buah acai berry mengandungi 52.2 gram karbohidrat, 8.1 gram protein dan 32.5 g lemak juga mengandungi kalsium, ferum, vitamin A, antosianin dan flavonoid.

c) Kesan antioksida Acai Berry?
Açaí juice has only middling levels of antioxidants—less than that of Concord grape, blueberry, and black cherry juices, but more than cranberry, orange, and apple juices." The extent to which polyphenols as dietary antioxidants may promote health is unknown as no credible evidence indicates any antioxidant role for polyphenols in vivo.

d) Bolehkah Acai Berry membantu menurunkan berat badan?
Tiada bukti saintifik yang menyatakan Acai Berry berkesan untuk menurunkan berat badan.
When the entire scientific literature to date and putative health claims of açaí are assessed, experts concluded in 2011 that the fruit is more a phenomenon of Internet marketing than of scientific substance1,2
1 Heinrich M, Dhanjia T, Casselman I (2011). "Açai (Euterpe oleracea Mart.) — A phytochemical and pharmacological assessment of the species’ health claims". Phytochem Lett 4 (3): 10–21;
2 Insufficient and unconvincing’ scientific evidence to promote acai, says review". NutraIngredients-USA.com, 16 Mar 2011.

 e) Produk berasaskan Acai Berry di Malaysia

Produk berasaskan acai berry yang dijual melalui internet di Malaysia adalah seperti berikut:
- ABC Acai Berry Soft Gel
- Acai Berry Dietary Supplement
- Acai Berry Slimming Herbal
- Acai Berry Pure
- Acai Berry Extreme
- Acai Berry Detox
- Nature’s Garden Acai Supreme Plus
- Acai 1000mg
- Acai Berry ABC Plus

Semakan yang dijalankan mendapati kesemua produk-produk ini tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 f) Campur palsu dengan SIBUTRAMINE
Untuk memastikan produk berasaskan acai berry ini berkesan terdapat pengilang yang tidak bertanggungjawab mencampur produk mereka dengan SIBUTRAMINE. FDA telah mengesahkan produk Acai Berry Softgel ABC mengandungi Sibutramine. http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm#.UBHVzMctU6o.facebook.

g) SIBUTRAMINE

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran semua produk yang mengandungi Sibutramine pada Disember 2010 kerana kesan sampingannya yang boleh membawa maut.

h) Pengawalan Produk Kesihatan di Malaysia
Larangan terhadap pemilikan dan penjualan keluaran yang bukan keluaran yang berdaftar dengan PBKD – Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan dadah & Kosmetik 1984. Mereka yang didapati menjual atau memiliki untuk tujuan jualan produk ini  boleh di dakwa di bawah Akta Jualan Dadah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000.00 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

i)  Nasihat untuk pengguna
Semua produk kesihatan perlu berdaftar dengan PBKD bagi memastikan produk tersebut adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Status sesuatu produk boleh disemak di laman sesawang  www.bpfk.gov.my

 

  • Tarikh Kemas kini: 23 April 2024.

Jumlah Pengunjung:

14483494

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA