Latar Belakang

        
     

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

    Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan,  Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama  iaitu dua belas buah (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah, sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan dua (2) Pejabat Kesihatan yang berada di bawah tadbiran JKNS.

    Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi  Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS.

32PTJ