Bahagian Pergigian


Pengenalan

Bahagian Kesihatan Pergigian bertanggungjawab di atas pengurusan, pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian mengikut dasar-dasar yang ditetapkan. Bahagian ini berperanan menentukan kerjasama antara agensi-agensi pergigian dan agensi-agensi bukan pergigian daripada sektor awam dan sektor swasta.

Objektif

 
Untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk Negeri Selangor ke tahap yang optima melalui penyampaian perkhidmatan pergigian promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif dengan penekanan kepada kumpulan utama yang dikenalpasti. Ini melibatkan :-
  1. Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan pergigian melalui program-program dan aktiviti Kesihatan Pergigian.
  2. Pemantauan dan penilaian keberkesanan perkhidmatan pergigian serta penambahbaikan.
  3. Pengurusan dan pengagihan sumber yang bersesuaian.
  4. Pembangunan sumber manusia sediada.




Bahagian Pergigian , Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merangkumi empat (4) unit yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
  • Unit Perkhidmatan Pergigian Primer
  • Unit Perkhidmatan Pergigian Pra Sekolah
  • Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  • Perkhidmatan Pergigian Awam
  • Perkhidmatan Pergigian Pakar
  • Promosi Kesihatan Pergigian
  • Pengawasan Fluoridasi Bekalan Air Minum
  • Pencegahan Klinikal