Bahagian Kesihatan Awam


Pengenalan


Bahagian Kesihatan Awam merupakan bahagian yang terbesar di JKNS. Aktiviti-aktiviti di bawah Program Kesihatan Awam adalah luas dan menyeluruh demi untuk memastikan individu, keluarga dan masyarakat amnya sihat sejahtera.  Ia dilaksanakan menerusi unit-unit di bawah pentadbiran Bahagian Kesihatan Awam.

Objektif


Objektif Umum Bahagian Kesihatan Awam adalah:

  1. Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.
  2. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif di setiap peringkat kepada masyarakat.
  3. Mencegah insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

 
Objektif Khusus Bahagian Kesihatan Awam adalah :

  1. Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dan masyarakat.
  2. Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian.
  3. Menggalakkan cara hidup sihat, keadaan tempat kerja yang sihat dan selamat dan persekitaran yang bersih.
  4. Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung:
7280195

  • Kemaskini Terakhir : 09 Disember 2017
Totop Scroller