logo ms new

Bahagian Farmasi


Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi bertanggungjawab menjalankan dua aktiviti utama iaitu Amalan dan Perkembangan Farmasi (Pharmaceutical Care) dan Penguatkuasaan Farmasi. Perkhidmatan Pengurusan Farmasi disediakan melalui rangkaian Jabatan-jabatan farmasi di setiap hospital serta unit-unit farmasi Pesakit Luar di Klinik-klinik Kesihatan, manakala aktiviti Penguatkuasaan Farmasi berpusat di Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi di Tingkat 15, Wisma MBSA, Shah Alam dan mempunyai pejabat cawangan di Labangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Pelabuhan Klang (Pelabuhan Utara dan Barat).
 

 

Visi


Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan & kesejahteraan negara.


Misi

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi,  profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.


Objektif

  • Merancang, membangun, mengawal dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Pengurusan Farmasi (Pharmaceutical Care Management)dengan cekap dan berkesan.
  • Memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan dalam penjualan, pengurusan, bekalan dan penggunaan ubat-ubatan serta keluaran tradisional dan kosmetik selaras dengan undang-undang Farmasi yang berkuatkuasa dalam negeri.
  • Mengurangkan dan akhirnya membasmi pengeluaran, pengimportan, penjualan dan penggunaan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang.

 

  • Tarikh Kemas kini: 18 April 2024.

Jumlah Pengunjung:

14472871

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA