Assist

SUPPORT LINKS

Panduan Menggunakan RSS

Apakah RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apakah RssReader?
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila layari halaman ini  http://www.rssreader.com/

Kemudahan RSS di Laman Web Rasmi JKNS
Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dipaparkan oleh Laman Web Rasmi JKNS. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar JKNS dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Laman Web Rasmi JKNS dengan lebih pantas dan berkesan.

Faedah RSS Feeds ialah :
1. Anda boleh memilih untuk muat turun bahan maklumat yang diperlukan.
2. Anda dapat mengetahui maklumat terkini seperti Hot Spot Denggi dan SWER dengan lebih cepat dan berkesan.
3. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
4. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak diinginkan (Spam).

Langkah-langkah Installasi RssReader

 Langkah 1:

 Langkah 2:

  • Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut : rssreader.zip atau rssreader.exe

 Langkah 3:

  • Install RssReader.
  • Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
  • Terus run jika anda muat turun versi .exe .

 Langkah 4:

  • Sila lihat imej     ini di dalam Laman Web Rasmi JKNS.
  • Letakkan mouse pada imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/.

Panduan Menggunakan W3C

Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyediakan kemudahan untuk membantu pengunjung yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan laman web ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C : Web Accessibility Initiative (WAI) yang bertujuan untuk menjadikan semua laman web boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Sehubungan itu, sila dapatkan panduan yang diperlukan dengan klik di artikel ini .


 

      Print

      myGov.fw moh.fw jpa.fw
      info sihat.fw myhealth.fw

      Total Visitor :
      543956

      • Last Update : 18 August 2017
      Totop Scroller