logo ms new

Bahagian Perubatan - Aktiviti

 

AKTIVITI UNIT BAHAGIAN PERUBATAN

AKTIVITI UMUM BAHAGIAN PERUBATAN

  • Perancangan Program Perubatan
  • Pelaksanaan Program Perubatan
  • Pemantauan Program Perubatan
  • Penilaian Program Perubatan

 

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap cawangan dan unit di Bahagian Perubatan adalah seperti berikut:

CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN 

  • Memantau dan menyelia program-program KKM & projek-projek khas di hospital Selangor seperti FPP, TOP, GSF
  • Pemantauan aktiviti pengendalian bencana dan keselamatan sinaran bagi Bahagian
  • Pelaksanaan Hospital Kluster Selangor & Program Pra Hospital & Ambulans (PRPA)
  • Bekerjasama dengan Bahagian Kesihatan Awam dalam penyelarasan aktiviti:
    - Kawalan penyakit bawaan vector (denggi,malaria,filariasis & Japanese Encephalitis)
    - Pembangunan Kesihatan Keluarga
    - Kawalan CDC & NCD
    - Perkhdimatan Perawatan Domisilari & EnPHC
    - Keselamatan Sinaran
    - Pengurusan Bencana
    - Menyelaras & memantau program-program perubatan serta servis perkhidmatan Klinikal di hospital termasuk kolaborasi dengan Bahagian lain
  • Memantau perkembangan program di setiap hospital serta mengenalpasti isu-isu berkaitan Perkhidmatan Klinikal
  • Memastikan Perkhidmatan yang diberi mengikut SOP yang telah ditetapkan KKM
  • Memastikan aktiviti berkaitan Pengurusan program Perubatan, kejururawatan & penyeliaan di hospital Selangor berjalan lancar
  • Memastikan ketepatan Dokumentasi Klinikal dan Koding mengikut ICD-10 di Hospital di Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Rekod Perubatan
  • Memastian pelaksanaan Sistem Casemix Malaysia DRG EIS disemua hospital casemix di negeri Selangor

UNIT REKOD PERUBATAN

  • Pengurusan data dan maklumat Kesihatan
  • Pengurusan dan Pemantauan aktiviti Perkhidmatan Rekod Perubatan
  • Pengurusan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai kerajaan dan kakitangan lain.
  • Pengurusan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran dan latihan di Unit Rekod Perubatan.
CAWANGAN SUMBER PERUBATAN 
  • Merancang, memantau dan membuat saranan belanjawan pengurusan dan pengoperasian hospital seperti merancang dan membuat cadangan agihan peruntukan,memohon peruntukan tambahan, memantau aspek belanjawan dan membuat saranan sekiranya aspek belanjawan tidak menepati sasaran yang ditetapkan.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan sumber manusia seperti merancang keperluan, menyelaras permohonan dan menguruskan penempatan sumber manusia bagi semua kategori perjawatan serta memantau pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan latihan perubatan seperti merancang pelan strategik, menyelaras peruntukan dan aktiviti latihan perubatan serta menyelaras permohonan latihan elektif dan latihan klinikal pelajar perubatan di hospital.
  • Merancang, memantau dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fasiliti dan peralatan perubatan seperti merancang keperluan strategik dan memantau pembinaan dan naiktaraf fasiliti baru dan lama serta merancang dan menyelaras keperluan dan permohonan peralatan perubatan.

 
CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)

  • Memproses Permohonan Pendaftaran Klinik Perubatan swasta.
  • Memproses Permohonan Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta selain klinik perubatan dan pergigian swasta.
  • Melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Selangor.
  • Pengurusan organisasi dan pengukuhan keupayaan pengoperasian, latihan, kualiti & dan tugas-tugas teknikal CKAPS negeri Selangor.
  • Pengendalian Aduan berkaitan Perkhidmatan Jagaan Swasta.
  • Aktiviti penguatkuasan ke atas Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Selangor.
  • Melaksanakan Aktiviti Pendakwaan di mahkamah.


CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

  • Pemantauan pencapaian performance indicator surveillance program.
  • Penyelaras aktiviti kualiti antara program.
  • Program Hospital Specific Approach (HSA).
  • Aktiviti peningkatan kualiti – Clinical Audit, KIK & Inovasi , Lean healthcare.
  • Pemantauan piagam pelanggan.
  • Pemantauan kajian kepuasan pelanggan bagi Bahagian Perubatan JKNS & hospital.
  • Penyelarasan aktiviti MS ISO 9001:2015 untuk JKN & Hospital.
  • Penyelarasan aktiviti Akreditasi Hospital.
  • Penyelaras “Malaysian Patient Safety Goals” & pemantauan pelaporan insiden.
  • Pemantauan Pelaporan insiden.
  • Penyelaras aktiviti Kualiti, SIACC, Wound Care Committee, Pain Free, Hospital Mesra Ibadah, OSH Perubatan, vPOMR dan SSSL & CRC.


CAWANGAN ADUAN & MEDICO LEGAL 

  • Pengurusan aduan am dan mediko legal.
  • Pengurusan aduan akhbar dan aduan media social yang viral.
  • Menubuhkan & menyelaras JKPB di peringkat Selangor.
  • Mengendalikan tawaran ex-gratia kepada pengadu.
  • Menjalankan lawatan penyeliaan dan lawatan kerja di hospital.
  • Memantau maklum balas penghargaan dari orang awam.
  • Panel mesyuarat j/k kes kecuaian Perubatan melibatkan pembayaran ex- gratia/ saman di JKNS.
  • Menganjurkan kursus Pengurusan aduan dan mediko legal.


UNIT PENTADBIRAN PERUBATAN

  • Pengurusan Pejabat, sistem fail, persuratan, hal ehwal pentadbiran, khidmat
    pelanggan
  • Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Inventori Pejabat
  • Pengurusan Belanja Mengurus Bahagian
  • Perjawatan/ Penyandang Bahagian
  • Semakan tuntutan & elaun anggota
  • Mengurus permohonan kursus dari hospital.

 

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL

  • Penyelarasan Pelaksanaan Program Pemantauan PSH ke atas perkhidmatan yang dijalankan oleh Syarikat Konsesi di hospital.
  • Khidmat Nasihat Teknikal bagi Sistem Kejuruteraan.
  • Menyelaras peruntukan Sinking Fund bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian sistem kejuruteraan.
  • Tarikh Kemas kini: 18 April 2024.

Jumlah Pengunjung:

14474395

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA