Bahagian Perubatan

Indeks Artikel

Pengenalan

Bahagian Perubatan mempunyai 6 unit utama iaitu Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital, Unit Clinical Governance, Unit Kualiti Perubatan, Unit Rekod Perubatan, Unit Kejuruteraan Operasi Hospital dan Unit Amalan Perubatan. 

  1. Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan pengurusan di 11 buah hospital di bawah naungannya.
  2. Unit Clinical Governance menyelaras, memantau dan menilai program-program perubatan di hospital-hospital termasuk kolaborasi dengan bahagian-bahagian lain.
  3. Unit Kualiti Perubatan pula memantau dan menyelaraskan program-program berkaitan inisiatif kualiti bagi semua hospital di negeri Selangor.
  4. Unit Rekod Perubatan memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS).
  5. Unit Kejuruteraan Operasi Hospital memantau dan menyelia aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan serta menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital KKM di Negeri Selangor.
  6. Unit Amalan Perubatan terbahagi kepada dua iaitu:
    • Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) yang bertanggungjawab ke atas pemantauan, perlesanan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di Negeri Selangor, sepertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
    • Unit Aduan & Medikolegal yang bertanggungjawab menyelaras dan menyiasat serta menyelesaikan apa-apa aduan berkaitan hospital.

 

Hospital-hospital KKM di negeri Selangor adalah seperti berikut

  1.  Hospital Pakar:
    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
    • Hospital Selayang
    • Hospital Serdang
    • Hospital Ampang
    • Hospital Sungai Buloh
    • Hospital Kajang
    • Hospital Banting

  2. Hospital Tanpa Pakar :
    • Hospital Kuala Kubu Bharu
    • Hospital Tanjong Karang
    • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam
    • Hospital Orang Asli Gombak

 


 

STRATEGI PROGRAM PERUBATAN

  1. Program Perubatan menyediakan, memantau dan menilai perkhidmatan perubatan mengikut polisi dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Menyediakan perkhidmatan perubatan secara “seamless and integrated” selaras dengan “8 future health systems and goals

  3. Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan perubatan yang lebih berkesan kepada pesakit.

  4. Memastikan semua kemudahan dan sumber-sumber yang sediaada digunakan secara optima.

  5. Memperkukuhkan aspek kualiti perkhidmatan rawatan pesakit di semua peringkat berdasarkan “Strategic plan for quality”.

  6. Mengamalkan “evidence based medicine” dan penilaian teknologi kesihatan bagi memastikan penggunaan teknologi yang sesuai, berkesan dan selamat dalam perkhidmatan rawatan pesakit.

  7. Meningkatkan bilangan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selaras dengan perkembangan profesion perubatan.

  8. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan perundangan peraturan perubatan.

 


 


OBJEKTIF UMUM

Objektif Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Perubatan di hospital-hospital termasuk perkhidmatan pra-hospital, diagnostik dan rawatan pemulihan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang ramai. 


OBJEKTIF KHUSUS

  1. Memastikan perkhidmatan pengurusan hospital serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat berjalan dengan lancar mengikut sasaran yang telah ditetapkan di sebelas buah hospital di bawah naungan JKN Selangor.

  2. Memastikan perkhidmatan perubatan serta pelbagai aktiviti berkaitan pengurusan program perubatan, kejururawatan dan penyeliaan di hospital-hospital di bawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berjalan lancar dan berjaya mengikut sasaran yang ditetapkan.

  3. Memastikan pelbagai aktiviti kepastian kualiti yang dijalankan di hospital-hospital mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

  4. Memastikan semua kemudahan kesihatan swasta yang beroperasi di negeri Selangor mempunyai mempunyai kemudahan bagi memohonlesen yang sah untuk beroperasi dan menjalankan perkhidmatan berdasarkan akta dan peraturan yang telah di tetapkan.

  5. Memastikan semua maklumat kesihatan yang diberikan oleh semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swata dikumpul, disemak, dianalisa, disimpan dan dijaga dan menguruskan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain kakitangan.

  6. Memantau perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS), pembersihan (CLS), linen dan pendobian (LLS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedical (BEMS) secara menyeluruh dan memastikan PSH diberikan secara selamat, cepat, berkesan dan dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.

 


 


 

AKTIVITI UNIT BAHAGIAN PERUBATAN

 

AKTIVITI UMUM BAHAGIAN PERUBATAN

  • Perancangan Program Perubatan
  • Pelaksanaan Program Perubatan
  • Pemantauan Program Perubatan
  • Penilaian Program Perubatan

 

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap unit di Bahagian Perubatan adalah seperti berikut:

 

UNIT PERKHIDMATAN PENGURUSAN HOSPITAL 

  • Merancang, menyelaras serta memantau peruntukan kewangan.
  • Merancang, menyelaras serta memantau sumber manusia.
  • Mengagihkan peruntukan serta memantau prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan hospital.
  • Menyelaras dan memantau Latihan-latihan elektif di hospital.

UNIT CLINICAL GOVERNANCE

  • Memantau, menyelia dan menyelaras pengurusan teknikal perkhidmatan di hospital.
  • Memantau dan menjalankan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Peringkat Negeri Selangor di Bahagian Perubatan.
  • Merancang, menyelaras serta memantau latihan-latihan dalam perkhidmatan.
  • Menjalankan aktiviti kolaborasi bersama Bahagian Kesihatan Awam.
  • Memantau dan menyelia aktiviti Penolong Pegawai Perubatan di hospital.
  • Memantau dan menyelia aktiviti kejururawatan di hospital.

UNIT KUALITI PERUBATAN
  • Mewujudkan dan melaksanakan mekanisma penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara atau kaedah baru yang boleh diguna pakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital-hospital.
  • Menyelaras, memantau dan menganalisa data-data Performance Indicator (PI) di hospital serta pelaporan insiden.
  • Menyelaras latihan dan bengkel serta melakukan tindakan susulan bagi aktiviti Hospital Specific Approach (HSA), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Inovasi, Clinical Audit dan Malaysian Patient Safety Goals kepada hospital-hospital.
  • Menyelaras aktiviti MS ISO 9001:2008 bagi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Menyelaras aktiviti MS ISO 9001:2008 bagi hospital-hospital di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Menyelaras aktiviti akreditasi bagi hospital-hospital di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Merancang serta menyelaras latihan-latihan dalam perkhidmatan.
  • Melaksanakan penilaian terhadap semua aktiviti peningkatan kualiti hospital-hospital.

 
UNIT REKOD PERUBATAN

  • Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan yang dibekalkan melalui 11 buah hospital dan 9 buah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik 1Malaysia bagi Negeri Selangor.
  • Mengumpul, menyemak, menganalisa, menyimpan dan menjaga maklumat kesihatan daripada kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta bagi Negeri Selangor.
  • Mengumpul, menyemak, menyimpan dan menjaga maklumat tabung darah yang dibekalkan melalui 11 buah hospital bagi Negeri Selangor.
  • Mengurus permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain kakitangan.
  • Merancang dan mengendalikan kursus, seminar, bengkel bagi anggota Unit Rekod perubatan di Peringkat Hospital dan Negeri.

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL
  • Menjalankan Program Pemantauan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH).
  • Menyediakan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) untuk alat-alat dan sistem kejuruteraan.
  • Menjalankan Khidmat Nasihat Teknikal.

 
UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (UKAPS)

  • Pendaftaran Klinik
  • Perlesenan Kemudahan Swasta
  • Penguatkuasaan


UNIT ADUAN DAN MEDIKOLEGAL

  • Menyelaras dan menyiasat serta menyelesaikan apa-apa aduan berkaitan hospital kerajaan.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8215611

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 23 September 2019

 

Totop Scroller