Bahagian Pengurusan

Indeks Artikel

 

Fungsi Unit

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

Perkhidmatan
Melaksanakan semua aktiviti merekod, memproses, menyemak dan menyelaras dalam urusan perkhidmatan bagi kakitangan di JKNS seperti berikut:-

  • Menjadi urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Pentadbir Sistem PPSM
  • Menguruskan permohonan Anjakan Gaji kepada pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
  • Membuat edaran surat penyiaran kenaikan pangkat bagi semua jawatan apabila ada arahan daripada KKM
  • Menguruskan aktiviti kenaikan pangkat, pemangkuan dan Khas Untuk Penyandang (KUP)
  • Menjadi urusetia bagi Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran di JKNS
  • Merekod, memproses dan mengedarkan Sijil Amalan Tahunan bagi Pegawai Perubatan
  • Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor
  • Menguruskan urusan tanggung kerja bagi anggota JKN Selangor
  • Menyedia, menyemak dan merekod Laporan Perubahan (KEW.8) bagi pegawai – pegawai di Ibu Pejabat JKNS


Perjawatan

  • Mengendalikan data perjawatan JKNS mengikut PTJ
  • Menyelaras dan mengemaskini maklumat penyandang JKNS mengikut bangsa, jantina dan OKU mengikut PTJ
  • Membuat permohonan pewujudan perjawatan melalui ABM Tahunan
  • Mengurus Sistem Aplikasi HRMIS
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di JKN Selangor
  • Menjadi urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) JKN Selangor
  • Menguruskan Pengisytiharan Harta
  • Memproses permohonan dan kelulusan Lawatan Keluar Negara bagi semua pegawai di JKN Selangor
  • Menyelaras urusan bagi Pengambilan Jawatan Sambilan di JKN Selangor
  • Menyediakan laporan – laporan Perjawatan untuk dikemukakan ke KKM
  • Menyelaraskan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan



myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8317076

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 18 November 2019

 

Totop Scroller