• Laman Utama
  • Pentadbiran
  • Bahagian
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Indeks Artikel


Pengenalan


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Dari aspek infrastruktur, bahagian ini terbahagi kepada dua iaitu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan beroperasi di Tingkat 14 Wisma Sunway. Manakala Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Botanik, Klang dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.

Skop aktiviti program bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa dan penguatkuasaan.

Objektif Am

Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan makanan penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.

Objektif Khusus


Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:-

i -  Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
          a.    Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
          b.    Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
          c.    Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv - Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v - Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.



 

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan pengguna.

Piagam Pelanggan


Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh:
          - 3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai Sijil HACCP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)
          - 3 hari bekerja selepas Sijil Analisis diterima (sekiranya produk tiada Sijil HACCP)

Sekiranya dokumen dan maklumat lengkap dari pemohon.
 

Fungsi dan Aktiviti Unit

Pensijilan

  • Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi perlaksanaan Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
  • Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia.
  • Menyelaras dan melaksanakan konsultasi bagi perlaksanaan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia.
  • Mengumpul maklumat-maklumat berhubung dengan keperluan pengeksportan oleh negara-negara pengimport

Perkembangan Industri

  • Mengurus pangkalan data premis makanan
  • Menjalankan aktiviti promosi sistem pengurusan kualiti keselamtan makanan
  • Memberi khidmat nasihat berhubung dengan sistem pengurusan keselamatan
  • makanan kepada industri makanan (food service, food retail dan food industry)
  • Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi seperti kantin dan dapur asrama sekolah,
    Kompleks Sajian Kem Program Latihan Negara (PLKN), dapur hospital, TASKA dan TADIKA, perkhidmatan makanan termasuk katerer dan kilang.

Pendidikan Industri dan Pengguna
  • Perhubungan awam, media dan industry
  • Merancang dan melaksana program-program industri dan pendidikan pengguna
  • Mengaudit Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
  • Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya
  • Menjalankan kajian mengenai industri dan consumer
  • Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
  • Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna
 





Pengenalan


Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
 

Fungsi dan Aktiviti Unit

Pemantauan dan Surveilan Makanan / Penyelidikan
  • Merancang, melaksanakan dan menilai program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantuhan (compliance).
  • Mengurus pangkalan data pensampelan makan negeri
  • Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
  • Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri
  • Menganalisis trend keselamatan makanan berhubung dengan isu-isu yang dikenalpasti melalui kajian-kajian, penyelidikan dan risk assessment yang dijalankan
  • Mengedarkan maklumat teknikal keselamatan makanan kepada pegawai berkuasa bagi meningkatkan keberkesanan pemantuhan
  • Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri
  • Mengumpul semua maklumat berhubung dengan aktiviti kajian dan penyelidikan dalam aspek keselamatan makanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
Kawalselia dan Operasi
  • Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan
  • Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan
  • Mengawalsedia perlaksanaan QAP negeri
  • Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan negeri
  • Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringakat negeri Selangor
  • Mengurus perlakasanan FoSIM domestik dan import di peringkat negeri
  • Merancangn dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan kenderaan pengangkutan dan penjajaan komoditi makanan
Perundangan Makanan
  • Mewujudkan kerjasama dengna Unit Inspektorat dan Perudangan Negeri (UIPN).
  • Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi mendapatkan maklumat awal.
  • Menyelaras dan menjalankan pendakwaaan di makhamah bagi pelanggaran yang dikesan di bawah Akta Makan 1983.
  • Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN
Perlesenan, Kilang dan Eksport
  • Memantau kilang/pengimport yang telah diberi lesen-lesen dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan -peraturan Makanan 1985.
  • Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB).
  • Memantau dan memberi khidmat nasihat kepada PKD yang memproses permohonan kilang ais.
  • Bertanggungjawab sebagi urusetia bagi Jawatankuasa Perakuan baig pelesenan AMS, AMB dan kilang ais.
  • Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan Sijil Penjualan Bebas.
Prosedur dan Borang Permohonan Free Sale Certificate
   - Sila Klik Untuk Muat Turun Prosedur Permohonan dan Borang Permohonan di ruangan Swasta >>  Sijil Penjualan Bebas
 
 


Pengenalan


Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan kawalan eksport makanan.

Piagam Pelanggan


Sijil Kesihatan EU dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.


Fungsi dan Aktiviti Unit

  • Merancang, melaksanankan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
  • Sebagai Competent Authority (CA) di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan serta makanan lain ke  Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain.
  • Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan serta makanan lain ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan.
  • Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi mengverifikasikan status kepatuhan premis pengkesport.
  • Mengeluarkan Sijil Kesihatan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan.
  • Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.
 


Pengenalan


Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor berfungsi dalam memberi perkhidmatan analisis makanan bagi menyokong Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.Perkhidmatan analisis yang cekap dan berkualiti adalah objektif perkhidmatan analisis makmal bagi tujuan pemantauan, pengawasan, penguatkuasaan dan kajian keselamatan dan kualiti makanan.

Piagam Pelanggan


Keputusan analisa dikeluarkan oleh makmal dalam tempoh :
  • 14 hari untuk sampel mikrobiologi
  • 30 hari untuk sampel kimia


Fungsi dan Aktiviti Unit


Bangunan makmal ini dilengkapi dengan peralatan dan instrumen yang canggih.Secara umum, makmal dibahagikan kepada dua seksyen utama iaitu seksyen residu kimia dan kontaminan makanan dan seksyen standard makanan. Antara instrumen-instrumen terdapat di makmal ialah Gas Chromatography, High Pressure Liquid Chromatography, Gas Chromatography Mass Spectrometry, Gas Chromatography Tandem Mass Spectrometry, Ultra Pressure Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry, High Resolution Mass Spectrometry dan lain-lain lagi
Seksyen residu kimia dan kontaminan merangkumi unit :

1) Residu dadah veterinar
  • Antara parameter analisa: beta-agonist, amphenicol, tetracycline, antibacterial residue, anthelminthics, phosphodiesterase inhibitor
2) Residu racun perosak
  • Antara parameter analisa: dithiocarbamate, organophosphate, organochloride, carbamate
3) Mikotoksin
  • Antara parameter analisa: aflatoxin, ochratoxin
4) Pencemaran industri dan persekitaran
  • Antara parameter analisa: dioxin, heavy metal
5) Pencemaran semulajadi dan pemprosesan
  • Antara parameter analisa: volatile organic compounds, nitrate, nitrite
Seksyenstandard makanan merangkumi unit :

Mikrobiologi makanan
Antara parameter analisa: total plate count, yeast mould count, Howald mould count, E. coli, coliform, E. coli 0157:H7, Salmonella, Bac cereus, Staph aureus, List monocytogenes, Vib cholera, Vib parahaemolyticus, Cam jejuni, sterility test, toksin Bac cereus, toksin Staph aureus.

1 - Aditif dan perlabelan makanan
  • Parameter analisa: pewarna, pemanis tanpa zat, pengawet, asid borik, formaldehid, sulphur dioksida, nilai iodine, nilai asid (minyak), nilai peroksida, kafien, protein, lembapan, abu, jumlah lemak, Brix.
2 - Molecular
  • Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dankod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.Dari aspek infrastruktur, bahagian terbahagi kepada dua iaitu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mula berperanan pada 7 Februari 2011 di tingkat 27, Wisma MBSA, selepas berpindah dari pejabat lama di Bangunan Sunway Mas, Shah Alam.Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor juga telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Botanik, Klang dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.

Skop aktiviti program bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa dan penguatkuasaan.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8352214

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 13 Disember 2019

 

Totop Scroller